THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Assalamualaikum...kawan-kawan.

Wednesday, May 6, 2009

Ceta Pasal Ward ICU

" Terlihat wajah yang aku pandang masih kaku, terkujur di atas katil, bercadar putih bersih di Unit Rawatan Intensif HUKM. Tiub endotrakeal yang menjadi jalan udara ke paru-parunya terjulur keluar disambung terus ke alat penyambung hayat. Ventilator itu teru-terusan mengepam peratusan Oksigen yang di pamkan ke paru-parunya. Dadanya turun naik dengan begitu selesa. Aku merasakan di dada sendiri menjadi sesak. Fikiran bercampur baur sampai bila ' dia' bergantung pada mesin pam oksigen itu. Aduh... aku mengeluh dan sedikit rasa terkilan serta kasihan yang amat sangat melihat penderitaannya. Oh Tuhan, selamatkanlah dia. Itu saja yang dapat ku rungkaikan...."



Sipnosis di petik dari : Dairi Seorang Jururawat oleh Aminah Mansor.

Saya Bibi seorang jururawat yang pernah bertugas di wad Unit Rawatan Intensif di HUKM. Kalau kita baca sipnosis di atas sukar untuk saya gambarkan betapa sukarnya saya setiap hari berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan serta kepayahan untuk menyempurnakan suatu tugas yang amat besar iaitu menyelamat nyawa orang. Hampir 10 tahun pengalaman saya sepanjang bertugas di wad tersebut telah memberi impak yang sangat bermakna dalam kehidupan kita terhadap diri sendiri, orang yang kita sayangi dan orang di sekeliling kita.



Sebelum memulakan tanggungjawab , aku di beri 3 pilihan unit mana aku bertugas. Seramai 70% memerlukan staff di bilik bedah, 20% di wad ICU dan 10% di general wad. Huhuhu...ketiga-tiga unit aku tak berminat, aku lebih suka bahagian komuniti iaitu bertugas diluar wad contoh pergi lawatan dan merawat pesakit dari rumah ke rumah. Berat juga memilih tempat tugas yang aku sendiri tidak bersedia 100% alert. Setelah berfikir panjang , apakah matlamat aku sebenar ialah mendekatkan diri kepada pesakit yang memerlukan aku untuk menyembuh penyakit mereka. Kalau aku pilih bertugas di bilik bedah...sia-sialah aku berlajar selama ini hanya dok ingat instrument di bilik itu saja dan passing the instrument to doc. aje , eeee...bosan. Kalau aku pilih general wad tak mungkin aku dapat tugas di sana sebab majoriti kawan-kawan aku lain interested bahagian tu. So aku manarik nafas panjang dan memilihnya....Wad ICU.



Pada hari pertama bertugas, aku tak dapat bayangkan di dada ku rasa sesak dan jantungku berdegup dengan kencang...berdebar-debar aku dibuatnya untuk memulakan tugas. 1st day aje aku ditugaskan menjaga seorang kanak-kanak berbangsa Cina. Dengan keadaanya adeh sukar untuk aku terangkan. Di sekeliling katilnya saja pelbagai alat kecemasan bantuan pernafasan ventilator 2 jenis yang aku sendiri 1st time tengok benda tu. Dan di sekelilingnya penuh dengan alat kawalan ubat-ubatannya...Fuh penuh satu badan macam alient pulak. Very Critical budak ni...kesihan aku melihatnya dan ibunya juga sangat tabah. !st day bekerja aku di bantu oleh senior aku...tapi faham2 aje ler aku dibuli teruk dengan senior...tapi sabar aje lah...1 hari bertugas aku tak ingat nak makan dan nak ke bilik air pun tak sempat. Seminit pun aku tak pernah tinggal pesakit tersebut. Sehingga pada hari ke 4 aku bertugas, tiba-tiba budak tu menunjukkan respon dan mula menggerakkan jari dan membuka mata. aku bersyukur amat sangat kerana dia menunjukkan tanda positif. fuh tak sia-sia aku menjaganya dengan jayanya. Esok pagi aku datang bertugas seperti biasa...dan terlihat aku incharge katil lain pulak. kenapa cepat sangat tukar pesakit ni...aku fikir sejenak. Mata ku tercari-cari mana pesakit budak cina yang aku jaga semalam. Kemudian aku tanya ada staff yang bertugas malam tadi...dia said patient tu dah pas away....Ya Allah! Aku terkejut sehingga aku tidak dapat menahan sebak aku dan merintih tangisan dan esakkan. Aku tak sangka suddently boleh berlaku sedangkan budak tu dah menunjuk response yang sangan bagus sepanjang aku jaganya...kesihan ibunya penuh dengan harapan anaknya untuk pulih.



Hari berganti hari aku mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran yang datang secara tiba-tiba dan tanpa diduga. Bukan setakat menjaga pesakit sahaja. Keluarga pesakit pun aku kena jaga hati dan perasaan mereka malah doctor pun aku kena amik tahu sape yang incharge setiap pesakit. Segala keperluan dan persekitaran wad pun aku kena jaga dan amik tahu.Setiap minit pun aku tak pernah leka dengan setiap tugasan aku malah sanggup berlapar....dan adakalanya aku terpaksa balik rumah lewat untuk menghabis tugas aku yang tak akan selesai. Setiap hari di buru rasa kebimbangan dan kegelisahan.


Sepanjang mengharungi tugasan seharian ternyata aku tidak keseorangan aku telah dibantu dan diberi sokongan oleh rakan-rakan yang lain.

Terutamanya dia ni....Ini Law Geok Bee dia satu-satunya kawan aku dari mula-mula masuk student nurse sampai sekarang ... dialah kawan baik ku selama-lamanya. Dialah yang terbaik yang paling aku sayangi dan kagum dengan beliau. bukan saja baik malah sangat bijak dan hatinya sangat mulia. Setiap kali bertugas bersama tak pernah kedekut ilmu dan sentiasa alert dan bekerjasama serta bertolak ansur segenap tugasan diberikan.
Selalu memberi semangat dan sokongan pada aku sebab aku sangat lemah dalam banyak perkara.


Geok Bee you're my best friends forever...I always remember you...ummmah! Saya Cayang Awak....













PILIHLAH JEJAKA YANG KAU RASA BOLEHLAH...

5 MOST HANDSOME MEN IN THE WORLD.... Antara yang ter "handsome" ni...makan tak kenyang, tidur tak lena , mandi tak basah....alamat busuk ler badan tuh....jangan lah memilih sangat...hampa harapan jejaka lain...hehehe...jangan mare...gurau aje ye.....Yeah!
fazza_emeriti


















Hitrik Roshan











Fuh..Yo...!!!




Dudy













Imran






Handsome giler.....

Kingfaisal

























SURPRISE...!!!!!



....kwa..kwa...kwa...kwa...! Ko dah buat pilihan ker...atau dah ada tercalonnya...!heheheee....Semoga Cepat Dapat Jodoh!






[ Aku ...Ace dari HUKM]

" Ace kau tak habis-habis sakat aku ye....nanti ko!" hehehehe...Lawak2!!!"

Antara sesuku sesakat aku....ace