THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Assalamualaikum...kawan-kawan.

Sunday, May 3, 2009

Apa Yang Penting - Kerjasama!


Dalam merealisasikan setiap amanah atau tanggungjawab pada setiap tugasan diberikan dalam bidang kejururawatan adalah apa yang penting - kerjasama dan sikap toleransi antara satu sama lain.
So, Apa yang penting - Kerjasama!
Apa yang penting - Kerjasama!
Tiba-tiba saya teringat lagu ini ( maybe ramai adik2 kita atau sape2 saja dok tengok dan nyanyikan lagu ini...kan)
Saya jarang-jarang tengok. Kalau tengok pun yang versi original dalam English. Tak kisah la dalam versi Melayu ke, English ke...yang penting kerjasama!!





Kalau ade sape2 interested nak nyanyi boleh lah follow...
Wonder Pets! Wonder Pets! kami datang,
Membantu haiwan yang dalam kesusahan!
Kami tak besar,
Dan kami tak kuat,
Bila Bekerjasama semua jadi mudah
Yeah, Wonder Pets ! Yay!
Apa yang penting ?? Kerja - sama-!
Apa yang penting ?
Kerja-sama- !

Zaman Sekolah Dulu



Berkat Aktif PBSM

Masa sekolah dulu , saya memang aktif dalam persatuan. Lebih-lebih lagi dalam aktiviti cergas minda...contohnya PBSM. Pada masa tu saya di naikan pangkat sebagai Sarjan. Skuad saya yang paling hebat masa tu. Sebenarnya saya nak cerita pasal , Bagaimana saya boleh diterima masuk sebagai perlajar nurses di UKM.



Saya masih ingat lagi ketika itu saya tidak membuat persediaan langsung tentang temuduga, dan soalan yang bakal saya jawab . Dengan berbekal beberapa sijil SPM dan sijil-sijil kurikulum yang lain serta saya sempat melampirkan beberapa keping gambar aktiviti PBSM yang saya sertai semasa di sekolah, jadi tanpa banyak soal penyelia tersebut terus menerima saya.
Saya ingin menjawab soalan anda itu. Malangnya saya terpaksa merahsiakan soalan-soalan yang spesifik kepada kejururawatan. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat penemuduga akan bertanya berkennaan dengan minat anda dalam bidang ini. Jadi sediakanlah jawapan (20 atau lebih patah perkataan) bagi soalan 'apa yang membuatkan anda minat bidang kejururawatan ini?'.
Bagi saya anda perlu yakin dengan pilihan anda. Jangan malas!!! Kalau nak menjadi seorang jururawat kena ada sifat RAJIN, YAKIN, BERUSAHA, BERILTIZAM, CEKAL, JUJUR DAN AMANAH!