THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Assalamualaikum...kawan-kawan.

Thursday, May 28, 2009

Memori Di Blogstarz.my

Masih ada sinarkah buat aku ?

Ku pasrah menyahut kasih meskipun parah di bayangi impian… masih ada harapankah buat ku untuk melupakan segala keperitan , kepedihan dan kekeciwaan selama 5 bulan ½ terdekat ini…

Di sini bermulanya aku menjejaki dunia cyber,dunia gelora dan dunia cabaran . Sebuah Cyber Portal yang berjaya membuat aku tersenyum kembali. Menyembuhkan parut luka hati yang masih basah.
Dunia Cyber IT…Sejak menjadi nurse tak pernah nak ke cyber cafĂ©. Bukannya tak minat tapi tak ada masa kelapangan. Masa student dulu ada jugak terlibat dengan chatting tapi hanya bersifat sementara aje. Setakat send email kekawan tu memang keraplah.

Di Blogstarz.my , di sinilah aku bermula menjinakkan diri menceburi bidang IT yang penuh glamour muda mudi . Malahan golongan seusia bapa ku pun mula berminat bidang itu “ Ber Blogging “. Di sinilah aku mengisi masa lapang dan cuba untuk menyibukkan diri dengan blog. Tujuan kedatangan ku ke blogstarz.my bukan kerana business saja tetapi belajar mendalami bidang itu dan untuk presentation aku selaku lecturer di UKM. Di samping itu juga, dapat mencari kelainan setiap presentation aku . Selalu sangat guna power point agak jemu jugak. Secara tidak langsung aku menyambung semula pelajaran aku peringkat master di OUM. Semenjak belajar aku kena buat presentation dan research Segala nota dan bahan research, aku sumbat kat dalam blog aku ni…tak salah kan.

Semenjak awal November tahun lepas , aku mula di blogstarz.my. Selama 2 bulan aku masih tak tahu macamana nak mulakan dengan blog ini. Amat mengecewakan sekali layanan syarikat blogstarz terhadap aku dan orang2 kampung aku di Mersing masih tak tahu teknik dan cara blog dan business ini di jalankan. Sibuk ceta pasal klik share yang di gembar gemburkan langsung tak ada apa2 makna pun . Hermm..aku dah dapat agak business ini adalah MLM. Malas nak talk pasal ini sungguh menghampakan…

Dengan sesungguhnya aku bertekad untuk mengetahui siapa dan apakah tujuan blogstarz.my dan ingin nak tahu sape admin blogstarz tersebut.
Melihat chatting di bubble talk blogstarz.my, ada beberapa orang yang aku interested nak kenal. Dia ini selalu sangat talking about klik2, bidvertiser dan macam2 dia promot kat bubble talk. Ada jugak dikalangan blogger lain yang belajar pasal blog kat bubble talk. Maybe kat sini diorg belajar buat blog kot. Aku teringin sangat nak usha dia ni…tak ape aku tengok aje dia…skodeng dululah…hehe. Dia lah orang pertama aku tengok yang paling glamour kat blogstarz. Maybe makhluk bertopeng biru ni kot admin blogstarz.my ni. Kenapa dia pakai topeng ha..kenapa dia tak tonjolkan dirinya sebenar…sedikit confused dan bercampur geram pun ade…dalam hati aku dia ni sengaja mencari glamour…hehehe..

Sesi berkenalan telah bermula aku di bubble talk. Aku cuba memberanikan diri terus terjah dengan dua mamat yang sengaja mencari glamour. May be dia salah seorang admin kat situ kot..aku nak try usha…hermm.. rupa2 nye mereka senasib dengan aku dan orang kampung aku huhu.. Tapi diorang ni memang pandai IT. Tengok diorg punya blog wow hebatnye.

Bermula disini lah sesi pembelajaran aku dengan Otai-otai yang sangat baik dan sangat hebat.