THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Assalamualaikum...kawan-kawan.

Saturday, May 30, 2009

Di Bibirku terukir senyuman kembali…DI CHATZONE PEAR

Photobucket
Segalanya bermula di ChatZone, beberapa rakan yang sentiasa membuat aku tergelak dengan manja dan mesra. Sebenarnya aku tak pernah mengalami situasi yang sebegini. Berkawan dan bergurau mesra dengan diorang sedangkan aku tak kenal mereka. Tengok rupa diorang pun tak pernah , secara tak langsung aku boleh jadi rapat pulak dengan mereka. Dan timbul rasa kasih sayang diantara mereka. Sama ada diorang tu lelaki atau perempuan membuat aku senang menerima mereka sebagai sahabat. Dan secara tidak langsung ia dapat melupakan kesedihan dan kekeciwaan aku selama ini.

Ya segalanya bermula disini….

Dear friend,
Thank you for your patience, guidance, sharing thoughts and ideas, (excitements and troubles) and so much more. And thank you for the trust you always have in me…

This is our moto " We Learned and Shared Together".

Pear. sahabat yang pertama aku kenali diblogstarz.my.
Dia Otai kat blogstarz.my. Pada mulanya aku sangkakan dia ini admin blogstarz, rupa2nya dia pun senasib dengan aku. Melihat blog dia wow memang hebat. Bagi aku pear ni seorang yang hebat tapi banyak rahsia yang tersirat. Sukar untuk mengenali dirinya walaupun sifatnya sederhana. Tapi kami senang berkawan dengannya . Sama ada rakan2nya lelaki atau perempuan memang senang berkawan dengannya. Tahniah Pear! awak mempunyai aura tersendiri. Walaupun memakai topeng gaban biru awak tu. Hehehe…meow! Anyway aku dah anggap dia sebagai sahabat dan icon aku dikalangan blogger2 yang lain. Photobucket

Sahabat aku Ace , jarak dan masa aku kenalinya tak jauh dengan aku kenali pear. Sebabnya mereka berdua ni memang aku usha kat bubble. Ace sahabat yang paling senang aku pelajari tentang IT. Ace ni simple aje dia dan aku senang nak belajar dengannya . Proses diajar pun aku boleh ikut , tidak mengelabah dan cukup dengan teori. Tak perlu nak praktikal lebih-lebih yang boleh membuat aku pening tentang selok belok IT. Memang Ace pandai mengajar. Terima kasih Ace… Photobucket

Sahabat aku seterusnya Hany. PhotobucketDia ni memang satu kepala dengan aku. Kenakalan dia pun lebih kurang sama dengan aku. Walaupun hany dah kahwin tapi CANTIK orangnya. Aku memang happy dengannya. Hany sentiasa membuat aku tergelak bila berbual dengannya.. Biasanya kalau kami bualkan topic “Bicara Kaum Hawa” …wah secret bicara hanya kaum pompuan aje yang tahu…hehehe…ntah ape yang kami borakkan pun tak tahu…hehehe..Dia ni memang lucu sangat. Aku sentiasa merindui dan ingin sekali bertemu dengannya…InsyaAllah kalau umur panjang aku nak jugak jumpa dengannya.

Nusis sahabat aku. Jarak masa aku kenali tak jauh dengan hany. Memang aku follow mereka. Coz , aku sangat senang dengan Nusis dan Hany. Mereka jenis Happy Go Lucky! Memang syok punya…hilang rasa stress. Kalau dekat ChatZone macam gelagat aksi nusis buat ..happy saje. Membuat aku tergelak2 bagai nak giler..sampai mak aku kat kampung pun terkejut tengok aku tersengeh2 sorang2 depan pc. Hehehe… Photobucket

Abang Lis/Mysteri Man sahabat aku. Tempat aku meluahkan keringat kesedihan dan kekeciwaan aku ini. Tempat aku mencurahkan apa yang terpendam di hati. Abang Lis merupakan sahabat yang sentiasa mendengar dan dapat bertukar-tukar pendapat. Dia pun matang orangnye membuat aku senang nak talk. Sangat baik dan boleh dipercayai. Setia dengan makwe dia. Hehehe…dia jenis berterus terang. Awal2 kenal dah bagitahu yang dia dah ada teman istimewa…hehehe….kelakar pulak. Agaknya dia nak jaga batasan pergaulan dia …bagus abg lis…saya memang respectlah..Semoga abg Lis bahagia dengan si dia bertuahnya sape yang dapat dia ni. Photobucket

CDS sahabat aku, sangat aku hormati coz dia dah berkeluarga. Kami selalu jugak bergurau senda denganya. Happy sangat…selalu jadi Tok dalam ChatZone Pear…hehe lucu sangat. Macam berlakon drama pulak kami kat zone tu. Cds ini selalu guide aku. Kemana aku ada social networking dia pun ade sama… memang rajinlah dia ni. Memang cariduit betul. Hehe. Kalau tengok weblog dia pun aku dah agak dia seorang yang professional dalam menghasil website. Sangat berbakat dan kemas menghasilkan weblognya. Banyak jugak aku dapat tips dan ilmu dengan beliau. Photobucket

Mail (Pakis) sahabat aku dan jugak adik angkat aku. Dia sahabat pendengar setia aku di ym. Kami rancak berbual tentang study, tentang blog, tentang kekawan,kongsi pengalaman dan macam2 lagilah…memang best lah berbual dengannya. Teringin jugak aku nak jumpa dengan adik aku ni. Nantilah Mail kalau ade umur panjang akak akan jumpa dengan adik …ok. Photobucket

Diadola/dilla sahabat yang aku kenali di Chatzone. Dia ini boleh tahan jugak dalam menghasilkan blog..Bijak IT jugak tu. Memang bestlah dapat kenal dia. Kami selalu jugak bicara tentang kaum hawa…maklumlah kami ni single lagi tu…hehehe. Tak apelah dilla ade jodoh awak nanti ..InsyaAllah. Photobucket

Ctikus sahabat aku, ish nama dia sedap tapi dia gelar dirinya ctikus…hehehe kelakar sangat. Dia ni budak bawah umur ni belum sampai 25 keatas. Hehee…banyak nak kena belajar Ct…

Aegis( si budak Jepun) dan Lebuy(picture cats yang memakai topi kulit tembikai)Photobucket …hehe lucu budak dua orang ni. Memang gempak lah kalau ade budak berdua ni di ChatZone pear. Mana Aegis sekarang …dah lama tak dengar kabar dia. Anyway aku sangat happy dengan diorang ni.Photobucket


Hisham atau JohnJimat sahabatku ni yang sentiasa menemani aku di ym. Diikala aku sedang menelaah buku dan research aku...hehe..dia ni memang bagus dan sangat baik. Simple aje orangnya. Rajin pulak tu melayan aku...kiranya aku ni jenis boleh bergaul dengan semua orang tanpa batasan umur...baik muda, sebaya atau dah berumur..bolehlah. Photobucket


BD sahabat aku kenali tak lama , tak macam yang lain2 ni. Personaliti yang sangat menarik..hebat jugak tentang blogging. Info dia pun sangat menarik tentang kesihatan. Sempat jugak aku belajar sikit2 tentang blog2 ni dengan dia. Sayang aku tak kenal dia lama…tak bamyak hendak aku cetakan mengenai dia. Semoga awak success dengan kerjaya awak sebagai Tentera Udara. Dan cepat naik pangkat. Hehehe…
Photobucket



Kyna (sweet) sahabat aku. pasti cun orangnya. pernah aku kenali di chatzone. happy berbual dengannya.

Dan sahabat aku yang lain terdiri daripada LogamPhotobucket, Dylima, Beautiful Mind, shazat dan Liamalia…semoga anda semua success dalam apa bidang sekali pun …InsyaAllah ade rezeki tu…

Thursday, May 28, 2009

Memori Di Blogstarz.my

Masih ada sinarkah buat aku ?

Ku pasrah menyahut kasih meskipun parah di bayangi impian… masih ada harapankah buat ku untuk melupakan segala keperitan , kepedihan dan kekeciwaan selama 5 bulan ½ terdekat ini…

Di sini bermulanya aku menjejaki dunia cyber,dunia gelora dan dunia cabaran . Sebuah Cyber Portal yang berjaya membuat aku tersenyum kembali. Menyembuhkan parut luka hati yang masih basah.
Dunia Cyber IT…Sejak menjadi nurse tak pernah nak ke cyber cafĂ©. Bukannya tak minat tapi tak ada masa kelapangan. Masa student dulu ada jugak terlibat dengan chatting tapi hanya bersifat sementara aje. Setakat send email kekawan tu memang keraplah.

Di Blogstarz.my , di sinilah aku bermula menjinakkan diri menceburi bidang IT yang penuh glamour muda mudi . Malahan golongan seusia bapa ku pun mula berminat bidang itu “ Ber Blogging “. Di sinilah aku mengisi masa lapang dan cuba untuk menyibukkan diri dengan blog. Tujuan kedatangan ku ke blogstarz.my bukan kerana business saja tetapi belajar mendalami bidang itu dan untuk presentation aku selaku lecturer di UKM. Di samping itu juga, dapat mencari kelainan setiap presentation aku . Selalu sangat guna power point agak jemu jugak. Secara tidak langsung aku menyambung semula pelajaran aku peringkat master di OUM. Semenjak belajar aku kena buat presentation dan research Segala nota dan bahan research, aku sumbat kat dalam blog aku ni…tak salah kan.

Semenjak awal November tahun lepas , aku mula di blogstarz.my. Selama 2 bulan aku masih tak tahu macamana nak mulakan dengan blog ini. Amat mengecewakan sekali layanan syarikat blogstarz terhadap aku dan orang2 kampung aku di Mersing masih tak tahu teknik dan cara blog dan business ini di jalankan. Sibuk ceta pasal klik share yang di gembar gemburkan langsung tak ada apa2 makna pun . Hermm..aku dah dapat agak business ini adalah MLM. Malas nak talk pasal ini sungguh menghampakan…

Dengan sesungguhnya aku bertekad untuk mengetahui siapa dan apakah tujuan blogstarz.my dan ingin nak tahu sape admin blogstarz tersebut.
Melihat chatting di bubble talk blogstarz.my, ada beberapa orang yang aku interested nak kenal. Dia ini selalu sangat talking about klik2, bidvertiser dan macam2 dia promot kat bubble talk. Ada jugak dikalangan blogger lain yang belajar pasal blog kat bubble talk. Maybe kat sini diorg belajar buat blog kot. Aku teringin sangat nak usha dia ni…tak ape aku tengok aje dia…skodeng dululah…hehe. Dia lah orang pertama aku tengok yang paling glamour kat blogstarz. Maybe makhluk bertopeng biru ni kot admin blogstarz.my ni. Kenapa dia pakai topeng ha..kenapa dia tak tonjolkan dirinya sebenar…sedikit confused dan bercampur geram pun ade…dalam hati aku dia ni sengaja mencari glamour…hehehe..

Sesi berkenalan telah bermula aku di bubble talk. Aku cuba memberanikan diri terus terjah dengan dua mamat yang sengaja mencari glamour. May be dia salah seorang admin kat situ kot..aku nak try usha…hermm.. rupa2 nye mereka senasib dengan aku dan orang kampung aku huhu.. Tapi diorang ni memang pandai IT. Tengok diorg punya blog wow hebatnye.

Bermula disini lah sesi pembelajaran aku dengan Otai-otai yang sangat baik dan sangat hebat.

Sunday, May 24, 2009

Episod Diriku Bermula

Dunia Perniagaan ku telah bermula…

Aku mulakan langkah untuk memperluaskan bidang perniagaan ini. Menjual kasut, barangan IKS dan beberapa collection yang lain. Nasib baik makcik dan pakcik aku tolong sama. Bukannye mudah bidang ini tapi amat menyeronokkan. Sambil belajar nurses sempat juga aku belajar pasal selok belok perniagaan pada sebelah malam. Attend kelas 6 bulan di giat Mara. Walaupun penat, letih dan tak bermaya..aku gagahkan jugak langkah ku ini…dah minat sangat nak wat macamana.
Dalam masa tu jugak aku terlibat dengan Business IT iaitu Uptrend. Alhamdullillah tercapai jugak perniagaan ini. Kemudian aku terlibat dengan perniagaan Monsun iaitu salah satu tapak untuk memperluaskan perniagaan kita secara global dunia dengan IT.
Company name aku yang kedua IZMI NETWORK. Selepas dua bulan baru perniagaan ini lancar dan telah mendapat sambutan menggalakkan di kebenuaan Timur Tengah. Penjualan produk IKS aku sangat laris. Setiap 2 bulan aku kena send barang yang di order. Minyak Kelapa Dara.

Berkat Usaha , Doa dan Tawakal …alhamdullillah Berjaya dengan cemerlang . Kedua-dua bidang aku Berjaya dan Tercapai cita-cita mak, abah dan aku. August ’08 dapat Ijazah Kepujian Sains Kejururawatan and the best gred. So, aku diserap masuk untuk menjadi lecturer di UKM dalam bidang sains kejururawatan di HUKM.

Akan tetapi satu aje yang aku gagal…Alam percintaan… aku tewas. Gagal mengawal keadaan akhirnya aku ditinggalkan….sedih , pedih ,luruh jantung ku, tersepit rasanye ade, pilu , takut pun ade gundah, hampa…dan macam2 lagi . Terasa bagaikan langit nak tindih aku. Gagal pada hari bersejarah aku Konvokasyen tahun lepas…berlaku serentak pada hari bersejarah aku…Ya Allah..inilah dugaan yang aku terima. SEDIH TERAMAT SANGAT LANGSUNG DIA TAK MENGHARGAI AKU…INGATKAN NAK BAGI GREEN LIGHT KAT SI DIA….lain pulak jadinye….benci!!!!hancur!!!!Gundah!!! Pasrah!!!


Kupasrah menyahut kasih meskipun parah dibayangi impian... Takdir telah memberikan aku ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan segala impian ku terlaksana...lalu aku bersabar dan redha...perjuangan aku masih belum selesai...Lupakan segala Kesedihan dan kekecewaan!!!

Saturday, May 23, 2009

Dunia Pencapaian Aku



Bermula sejak aku jadi nurse , pada zahirnya memang aku berminat pasal business. Tak kira ape jenis business asalkan halal dan mengikut sunnah nabi.

Sejak dari bangku sekolah lagi cita-citaku adalah businesswomen. Tetapi memandangkan impian mak dan abah , aku mendiamkan aje cita-citaku tu.

Mak lebih suka aku jadi nurse. Manakala abah pulak dia kalau boleh anaknya jadi doctor atau engineer. Dan kalau boleh sampai Master atau Phd.

Selepas SPM, aku memperolehi gred yang baik dan best student kat sekolah aku.. Berkat doa mak , abah , guru dan rakan2 taulan aku…bersyukur amat sangat kepada Allah yang memberi rezeki dan termakbul impian aku dan keluarga.

JPA memanggil ku untuk melanjutkan perlajaran ke Tokyo , Jepun. Universiti apa tah aku dah tak ingat. Sebenarnya hati ini berat menerima tawaran jauh2 kalau boleh nak pergi yang dekat2 aje. Huhu..tak bersedia 100% alert dalam engineering . oh tak minat langsung bidang itu. Fizik aku bukannye bagus sangat. kenape boleh terima masuk pulak!
Pikir2 akhirnye aku memilih materikulasi di Seremban. Setelah setahun point aku tak cukup makan. ½ aje. So tak dapatlah nak jadi doctor. Kena amik engineering jugak…huhu malasnye nak belajar . Sedang aku membilik Metro Harian ternampak bidang yang mak suka Jururawat UKM. Tanpa lengah aku pun apply. Kemudian aku diserap masuk UKM…jadi student nurse ( beruniform pinkkk gitu ).
Dalam bidang ini bolehlah aku berminat . Masa sekolah dulu pun aku banyak terlibat dengan Persatuan Bulan Sabit Merah. So , impian mak tercapai. Selepas graduate diploma terus kerja dan dapat gaji …Alhamdullillah rezeki2. Setelah 3 tahun bekerja aku sambung buat degree pulak secara online. Dalam masa buat degree tu , ada money sikit aku terlibat dengan perniagaan Francais , buka kedai kasut “ JUKEBOX”.Setelah setahun aku beralih perniagaan kasut sendiri “Alladin & Collection”. Kenapa??? Francais tu PENIPU! Banyak duit aku dikebasnye…malas nak talk pasal ni. Sedih!!! Lupakan kesedihan…

Wednesday, May 20, 2009

CINTA RAMALAN PSIKOLOGI...Nak Cuba!!

CARA NAK TAHU KENAPA ANDA MEMILIH SI DIA SEBAGAI PASANGAN ANDA...?


Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda.
Soalannya berbunyi begini.Ada 5 perkara berlaku serentak.
1)Air mendidih kat dapur.
2)Air paip melimpah kat bilik air.
3)Bayi menangis.
4)Telefon berbunyi.
5)Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan ’settle’ kan terlebih dahulu?Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda. Fikir…
Fikir…

Fikir…

Fikir…

Fikir…





OK, dah habis fikir dan buat keputusan?Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?Baik, mari kita semak jawapan anda…apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.
*Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.
*Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
*Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
*Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
*Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup. Selamat Mencuba.

Tuesday, May 19, 2009

Just Cheeky....!!!

WHO IS YOUR ROLE MODEL ???
Try it without looking at the answers......
Please don't look down until you do it; you'll love it I promise.
GET A CALCULATOR, IF NEEDED, (YOUR COMPUTER HAS ONE ON IT).


1) Pick your favorite number between 1-9

2) Multiply by 3 then

3) Add 3, then again Multiply by 3

4) You'll get a 2 or 3 digit number....

5) Add the digits together Now Scroll down...............



Now with that number see who your ROLE MODEL is from the list below:

1. Einstein
2. Queen Elizabeth
3. Abraham Lincoln
4. Helen Keller
5. Bill Gates
6. Gandhi
7. Pope John Paul
8. Thomas Edison
9. Bibi Surianti Mohd Saad
10. Ronald Reagan

I know... i know...I just have that effect on people....one day you too can be like me.....

;-) Believe it!

P.S.: Stop picking different numbers. I am your idol!!!!

Saturday, May 16, 2009

INDAHNYA SEBUAH MESEJ


InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal......insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,

(kata Azmil Mustapha).....Mari kita cuba ...


Allahhuakhbar... Insya Allah Allahu Akbar !

Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan kalimat ini . Ke rakan Dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki yang tidak disangka-sangka...Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu...Tapi limpahan KurniaNya kepada saya sungguh diluar pemikiran saya...Subhanallah! Alhamdulillah.


Kirim kalimat ini ke 12 orang yang kamu anggap baik di dalam hidupmu dan Insya-Allah kehidupanmu akan bertambah baik Dan buktinya dalam 12 jam kamu harus Percaya akan keajaiban bulan ini. AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR, AL-MALIK, AL-RAHMAN, AL-RAHIM ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA, KALA KAMU MENGHANTAR BERITA INI KEPADA 12 ORANG INSYAALLAH KAMU AKAN MENDAPATKAN BERITA BAIK ESOK.