THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Assalamualaikum...kawan-kawan.

Saturday, May 23, 2009

Dunia Pencapaian Aku



Bermula sejak aku jadi nurse , pada zahirnya memang aku berminat pasal business. Tak kira ape jenis business asalkan halal dan mengikut sunnah nabi.

Sejak dari bangku sekolah lagi cita-citaku adalah businesswomen. Tetapi memandangkan impian mak dan abah , aku mendiamkan aje cita-citaku tu.

Mak lebih suka aku jadi nurse. Manakala abah pulak dia kalau boleh anaknya jadi doctor atau engineer. Dan kalau boleh sampai Master atau Phd.

Selepas SPM, aku memperolehi gred yang baik dan best student kat sekolah aku.. Berkat doa mak , abah , guru dan rakan2 taulan aku…bersyukur amat sangat kepada Allah yang memberi rezeki dan termakbul impian aku dan keluarga.

JPA memanggil ku untuk melanjutkan perlajaran ke Tokyo , Jepun. Universiti apa tah aku dah tak ingat. Sebenarnya hati ini berat menerima tawaran jauh2 kalau boleh nak pergi yang dekat2 aje. Huhu..tak bersedia 100% alert dalam engineering . oh tak minat langsung bidang itu. Fizik aku bukannye bagus sangat. kenape boleh terima masuk pulak!
Pikir2 akhirnye aku memilih materikulasi di Seremban. Setelah setahun point aku tak cukup makan. ½ aje. So tak dapatlah nak jadi doctor. Kena amik engineering jugak…huhu malasnye nak belajar . Sedang aku membilik Metro Harian ternampak bidang yang mak suka Jururawat UKM. Tanpa lengah aku pun apply. Kemudian aku diserap masuk UKM…jadi student nurse ( beruniform pinkkk gitu ).
Dalam bidang ini bolehlah aku berminat . Masa sekolah dulu pun aku banyak terlibat dengan Persatuan Bulan Sabit Merah. So , impian mak tercapai. Selepas graduate diploma terus kerja dan dapat gaji …Alhamdullillah rezeki2. Setelah 3 tahun bekerja aku sambung buat degree pulak secara online. Dalam masa buat degree tu , ada money sikit aku terlibat dengan perniagaan Francais , buka kedai kasut “ JUKEBOX”.Setelah setahun aku beralih perniagaan kasut sendiri “Alladin & Collection”. Kenapa??? Francais tu PENIPU! Banyak duit aku dikebasnye…malas nak talk pasal ni. Sedih!!! Lupakan kesedihan…

0 comments: