THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Assalamualaikum...kawan-kawan.

Sunday, May 24, 2009

Episod Diriku Bermula

Dunia Perniagaan ku telah bermula…

Aku mulakan langkah untuk memperluaskan bidang perniagaan ini. Menjual kasut, barangan IKS dan beberapa collection yang lain. Nasib baik makcik dan pakcik aku tolong sama. Bukannye mudah bidang ini tapi amat menyeronokkan. Sambil belajar nurses sempat juga aku belajar pasal selok belok perniagaan pada sebelah malam. Attend kelas 6 bulan di giat Mara. Walaupun penat, letih dan tak bermaya..aku gagahkan jugak langkah ku ini…dah minat sangat nak wat macamana.
Dalam masa tu jugak aku terlibat dengan Business IT iaitu Uptrend. Alhamdullillah tercapai jugak perniagaan ini. Kemudian aku terlibat dengan perniagaan Monsun iaitu salah satu tapak untuk memperluaskan perniagaan kita secara global dunia dengan IT.
Company name aku yang kedua IZMI NETWORK. Selepas dua bulan baru perniagaan ini lancar dan telah mendapat sambutan menggalakkan di kebenuaan Timur Tengah. Penjualan produk IKS aku sangat laris. Setiap 2 bulan aku kena send barang yang di order. Minyak Kelapa Dara.

Berkat Usaha , Doa dan Tawakal …alhamdullillah Berjaya dengan cemerlang . Kedua-dua bidang aku Berjaya dan Tercapai cita-cita mak, abah dan aku. August ’08 dapat Ijazah Kepujian Sains Kejururawatan and the best gred. So, aku diserap masuk untuk menjadi lecturer di UKM dalam bidang sains kejururawatan di HUKM.

Akan tetapi satu aje yang aku gagal…Alam percintaan… aku tewas. Gagal mengawal keadaan akhirnya aku ditinggalkan….sedih , pedih ,luruh jantung ku, tersepit rasanye ade, pilu , takut pun ade gundah, hampa…dan macam2 lagi . Terasa bagaikan langit nak tindih aku. Gagal pada hari bersejarah aku Konvokasyen tahun lepas…berlaku serentak pada hari bersejarah aku…Ya Allah..inilah dugaan yang aku terima. SEDIH TERAMAT SANGAT LANGSUNG DIA TAK MENGHARGAI AKU…INGATKAN NAK BAGI GREEN LIGHT KAT SI DIA….lain pulak jadinye….benci!!!!hancur!!!!Gundah!!! Pasrah!!!


Kupasrah menyahut kasih meskipun parah dibayangi impian... Takdir telah memberikan aku ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan segala impian ku terlaksana...lalu aku bersabar dan redha...perjuangan aku masih belum selesai...Lupakan segala Kesedihan dan kekecewaan!!!

0 comments: