THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Assalamualaikum...kawan-kawan.

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari Jururawat



Hari Jururawat disambut pada 12 Mei di seluruh dunia sempena tarikh lahir Florence Nightingale ( 1820 - 1910 ) yang dianggap pelopor jururawat moden.

Kemeriahan sambutan semalam masih terasa di sanubariku. Masa jadi nurse dulu aku tak pernah nak sambut Nurses Day kerana terlalu sibuk dengan tugas harian kerja aku di Wad ICU dan kadangkala tak ingat pun Nurses Day tarikhnya. Tapi pada kali ni dan tahun ini aku dapat merasakannya kemeriahan dan keceriaan Nurses Day aku bersama Student aku . Penuh dengan keriangan dan keceriaan. Rasa bangga dengan kerjaya tersebut.
Kepada rakan-rakan taulan aku sama ada berada di dalam dan di luar negara " Happy Nurses Day". Tahun ini temanya ' Delivering Quality, Serving Communities: Nurses Leading Care Innovations ( Perawatan Berkualiti, Berkhidmat Untuk Komuniti : Jururawat Teraju Perawatan Berinovasi )
Kepada rakan-rakan Jururawat tiada noktah dalam setiap kerjaya dan kejayaan kita dalam merialisasikan setiap tugasan dengan secara pusingan serta berterusan sehingga sesuatu masalah itu selesai. Semoga anda semua success dalam menjalankan tugas tersebut.



" HIDUP JURURAWAT !!! "











Dari kiri: sheila, ayu, noi, aku dan gBee













"SELAMAT MENJAMU SELERA"