THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Assalamualaikum...kawan-kawan.

Tuesday, May 12, 2009

CETA PASAL "CAMPING"

Photobucket
...JoM CaMpiNG...
Jom Nyanyi ramai-ramai..
"Sayo nara Sayo nara ..Kita Berjumpa lagi...
Sayo nara Sayo nara.. Kita Berjumpa lagi.."
" Kalau rasa gembira tepuk tangan..
Kalau rasa gembira tepuk tangan..
Kalau rasa gembira beginilah caranya..
Kalau rasa gembira tepuk tangan! Horey!"
Masa sekolah dulu boleh dikatakan setahun 3-4 kali aku terlibat dengan aktiviti rekreasi seperti berkhemah. Pantang aje cikgu anouncement , aku lah orang pertama dalam senarai pelajar yang tidak teragak2 nak pergi ..samada aktiviti kurikulum sekolah atau luar sekolah seperti Rakan Muda ' Rakan Rekreasi dan Alam Sekitar' semuanya pernah aku sertai. Mak pun sampai pening dengan perangai aku yang kerap pergi ber 'camping'.Coz, mak sibuk sangat berkemas baju untuk aku...everything is perfect tak ada satu bende yang tinggal kalau mak tolong packing kan.

Dalam banyak2 camping yang aku terlibat satu aje yang aku tak boleh lupa sampai sekarang. Aktiviti camping tersebut tak jauh pun buat kat berlakang sekolah aku aje.. Tapi kawasan belakang sekolah aku tu boleh dikatakan advneture jugak lah. Banyak pokok Ru dan pokok Nyor dekat kawasan pantai pulak tu...cantik pandangannya...memang syok! Aktiviti akhir tahunan budak tingkatan 4 semua terlibat. Selama 3 hari 2 malam. Pada malam last tu kami seperti biasa berjaga secara giliran dan aku bersama 20 orang rakan yang lain sibuk mengawasi kawasan sekeliling. Oleh kerana malam akhir kami semua tak boleh tidur masing2 berborak dan bergelak ketawa buat cerita lawak...tiba2 aje perut rasa lapar. aku dan 3 orang rakan lain masak meggie 10 bungkus. Tengah dok memasak ni , tiba2 terdengar orang meminta tolong. Sayu aje suaranya tak tahu datang dari mana...maybe budak2 lain yang sengaja buat kacau. Pastu bunyi lagi suara orang meminta tolong. Tolong...tolong...tolong. Lepastu 5 orang rakan aku menerpa kami yang tgh dok masak meggie, masing terpandang kat atas pokok. Ya Allah!..SubhanaAllah...betul ke ni atau khayalan kami aje. Tiba2 rakan-rakan kami yang lain kat belakang menjerit dan lari kerana kami nampak lembaga putih rambut panjang muka tak nampak kat atas dahan pokok Ru. 5 orang rakan aku dah pengsan. Ada yang lari ketakutan dan meminta tolong dengan cikgu. 4 orang cikgu kami pun tak dapat berbuat apa2 , masing terpegun dan kaku. Termasuk aku dan rakan-rakan yang lain. Hantu tu pun mengilai dan terus beredar kerana Ustaz telah melaungkan azan. Kejadian itu memang dasyat dan aku pun tak sangka boleh berlaku dan boleh nampak hantu depan mata...adeh...!!! Nasib baiklah ada ustaz kalau tak tahu lah apa nasib kami seterusnya. Tapi kat belakang sekolah aku tu memang kawasannya keras sikit ...." Makam Kubur".

Walaupun kejadian dan macam-macam peristiwa berlaku namun ia tidak pernah mematah semangat ku untuk terus mengikuti pasukan rekreasi sebegini. Memang menyeronokkan dan pengalaman yang sukar digambarkan.
" Bertemu dan berpisahan adat manusia biasa..
Hilang dimata tapi dihati tidak lupa...
Berdoalah kita agar aman dan sentosa...
Semoga lah kita bertemu di lain masa..."


Ini gambar lain..Rebutia Camp Adventure bersama Rakan Muda "Rakan Rekreasi & Alam Sekitar.