THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Assalamualaikum...kawan-kawan.

Monday, May 11, 2009

Tak Akan Hilang Cinta Di Dunia

Sempena Hari Ibu..."Selamat Hari Ibu Sedunia".

Jururawat adalah salah satu bidang dan cita-cita mak selama ini tidak dapat dicapai...
Mak , saya telah buktikan kepada mak yang akhirnya impian mak sebenarnya tercapai.
Sebagai seorang anak,
Saya nekad untuk merealisasikan impian ini telah terlaksana. Ya benar, tidak semudah kita harapkan dalam bidang kejururawatan kalau tidak rajin berusaha, berikhtiar, doa dan tawakal serta minat yang mendalam dalam bidang ini .
Walaupun
Cita-cita saya sebenar adalah lebih kepada dunia perniagaan. Demi mak, saya menjadi seorang jururawat.
I Love You...Mak..!!!

Friday, May 8, 2009

SEKADAR RENUNGAN SEJENAK DAN PEDOMAN

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a..s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain. Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Petikan telah saya sisipkan diruangan kerana banyak mengajar diri saya untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. agar sepanjang merealisasikan cita-cita dan kerjaya saya supaya perjalanannya selamat dan diredhai Allah swt.
Ceritanya begini... saya pernah rawat seorang pesakit usianya dah lewat dan mengalami sesak nafas dan masalah tekanan kadar jantungnya rendah. Beliau seorang ahli Tasauf dan alim orangnya. Setelah 2 minggu kemasukkan ke ICU , beliau dah menunjukkan response yang sangat bagus. Kali terakhir saya menjaganya pada shift malam, beliau boleh menulis cuma tak boleh berkata-kata kerana masih menggunakan tiub pernafasan ventilator. Bagi saya pesakit ini dah sembuh dengan baik sekali maybe dah boleh extubated...kenapa doctor tak extubation pesakit ni....peliknya coz pesakit dah sedar dan boleh menulis pulak tu..so puas saya fikir ...beliau menulis lagi dan melihat tulisannya agar kabur untuk saya faham tapi saya akan cuba tafsirkan apa yang di tulis.
Saya amik noted beliau dan saya simpan dalam laci meja. kemudian esok pagi saya bertanya dengan doktor, kenapa doc tak extubated patient tu...dia dah pulih dah....tiba2 saja doctor gelakkkan saya ...he said " are sure this patient is better.." Doctor said, patient ni nothing responding and can't improve since 2 weeks ago and primary team was decided DNR issues. I can't understand while doctor told me...so i called patient tersebut. Yup! nothing responding from him...peliknya saya. Coz , malam tadi bukan main beliau buka mata dan senyum kat saya...hermmm! baru saya teringat nota yang dia tulis dan saya simpan tu...tanpa lengah saya amik nota yang telah ditulis oleh pesakit itu kepada doctor ..tulisan itu amat jelas untuk dibaca. Doctor pun terkejut dan sukar untuk dia percaya semua tu. Jam menunjukkan tepat pukul 7.00pagi suddently Blood Pressure dan Heart Rate Patient dropping and disaturation Oksigen slowly dropping. Doctor said panggil semua ahli keluarganya dan primary team yang incharge beliau...walaupun kami cuba untuk meyelamatkan beliau....dan beliau kembali kerahmatullah...amin.

Wednesday, May 6, 2009

Ceta Pasal Ward ICU

" Terlihat wajah yang aku pandang masih kaku, terkujur di atas katil, bercadar putih bersih di Unit Rawatan Intensif HUKM. Tiub endotrakeal yang menjadi jalan udara ke paru-parunya terjulur keluar disambung terus ke alat penyambung hayat. Ventilator itu teru-terusan mengepam peratusan Oksigen yang di pamkan ke paru-parunya. Dadanya turun naik dengan begitu selesa. Aku merasakan di dada sendiri menjadi sesak. Fikiran bercampur baur sampai bila ' dia' bergantung pada mesin pam oksigen itu. Aduh... aku mengeluh dan sedikit rasa terkilan serta kasihan yang amat sangat melihat penderitaannya. Oh Tuhan, selamatkanlah dia. Itu saja yang dapat ku rungkaikan...."



Sipnosis di petik dari : Dairi Seorang Jururawat oleh Aminah Mansor.

Saya Bibi seorang jururawat yang pernah bertugas di wad Unit Rawatan Intensif di HUKM. Kalau kita baca sipnosis di atas sukar untuk saya gambarkan betapa sukarnya saya setiap hari berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan serta kepayahan untuk menyempurnakan suatu tugas yang amat besar iaitu menyelamat nyawa orang. Hampir 10 tahun pengalaman saya sepanjang bertugas di wad tersebut telah memberi impak yang sangat bermakna dalam kehidupan kita terhadap diri sendiri, orang yang kita sayangi dan orang di sekeliling kita.



Sebelum memulakan tanggungjawab , aku di beri 3 pilihan unit mana aku bertugas. Seramai 70% memerlukan staff di bilik bedah, 20% di wad ICU dan 10% di general wad. Huhuhu...ketiga-tiga unit aku tak berminat, aku lebih suka bahagian komuniti iaitu bertugas diluar wad contoh pergi lawatan dan merawat pesakit dari rumah ke rumah. Berat juga memilih tempat tugas yang aku sendiri tidak bersedia 100% alert. Setelah berfikir panjang , apakah matlamat aku sebenar ialah mendekatkan diri kepada pesakit yang memerlukan aku untuk menyembuh penyakit mereka. Kalau aku pilih bertugas di bilik bedah...sia-sialah aku berlajar selama ini hanya dok ingat instrument di bilik itu saja dan passing the instrument to doc. aje , eeee...bosan. Kalau aku pilih general wad tak mungkin aku dapat tugas di sana sebab majoriti kawan-kawan aku lain interested bahagian tu. So aku manarik nafas panjang dan memilihnya....Wad ICU.



Pada hari pertama bertugas, aku tak dapat bayangkan di dada ku rasa sesak dan jantungku berdegup dengan kencang...berdebar-debar aku dibuatnya untuk memulakan tugas. 1st day aje aku ditugaskan menjaga seorang kanak-kanak berbangsa Cina. Dengan keadaanya adeh sukar untuk aku terangkan. Di sekeliling katilnya saja pelbagai alat kecemasan bantuan pernafasan ventilator 2 jenis yang aku sendiri 1st time tengok benda tu. Dan di sekelilingnya penuh dengan alat kawalan ubat-ubatannya...Fuh penuh satu badan macam alient pulak. Very Critical budak ni...kesihan aku melihatnya dan ibunya juga sangat tabah. !st day bekerja aku di bantu oleh senior aku...tapi faham2 aje ler aku dibuli teruk dengan senior...tapi sabar aje lah...1 hari bertugas aku tak ingat nak makan dan nak ke bilik air pun tak sempat. Seminit pun aku tak pernah tinggal pesakit tersebut. Sehingga pada hari ke 4 aku bertugas, tiba-tiba budak tu menunjukkan respon dan mula menggerakkan jari dan membuka mata. aku bersyukur amat sangat kerana dia menunjukkan tanda positif. fuh tak sia-sia aku menjaganya dengan jayanya. Esok pagi aku datang bertugas seperti biasa...dan terlihat aku incharge katil lain pulak. kenapa cepat sangat tukar pesakit ni...aku fikir sejenak. Mata ku tercari-cari mana pesakit budak cina yang aku jaga semalam. Kemudian aku tanya ada staff yang bertugas malam tadi...dia said patient tu dah pas away....Ya Allah! Aku terkejut sehingga aku tidak dapat menahan sebak aku dan merintih tangisan dan esakkan. Aku tak sangka suddently boleh berlaku sedangkan budak tu dah menunjuk response yang sangan bagus sepanjang aku jaganya...kesihan ibunya penuh dengan harapan anaknya untuk pulih.



Hari berganti hari aku mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran yang datang secara tiba-tiba dan tanpa diduga. Bukan setakat menjaga pesakit sahaja. Keluarga pesakit pun aku kena jaga hati dan perasaan mereka malah doctor pun aku kena amik tahu sape yang incharge setiap pesakit. Segala keperluan dan persekitaran wad pun aku kena jaga dan amik tahu.Setiap minit pun aku tak pernah leka dengan setiap tugasan aku malah sanggup berlapar....dan adakalanya aku terpaksa balik rumah lewat untuk menghabis tugas aku yang tak akan selesai. Setiap hari di buru rasa kebimbangan dan kegelisahan.


Sepanjang mengharungi tugasan seharian ternyata aku tidak keseorangan aku telah dibantu dan diberi sokongan oleh rakan-rakan yang lain.

Terutamanya dia ni....Ini Law Geok Bee dia satu-satunya kawan aku dari mula-mula masuk student nurse sampai sekarang ... dialah kawan baik ku selama-lamanya. Dialah yang terbaik yang paling aku sayangi dan kagum dengan beliau. bukan saja baik malah sangat bijak dan hatinya sangat mulia. Setiap kali bertugas bersama tak pernah kedekut ilmu dan sentiasa alert dan bekerjasama serta bertolak ansur segenap tugasan diberikan.
Selalu memberi semangat dan sokongan pada aku sebab aku sangat lemah dalam banyak perkara.


Geok Bee you're my best friends forever...I always remember you...ummmah! Saya Cayang Awak....













PILIHLAH JEJAKA YANG KAU RASA BOLEHLAH...

5 MOST HANDSOME MEN IN THE WORLD.... Antara yang ter "handsome" ni...makan tak kenyang, tidur tak lena , mandi tak basah....alamat busuk ler badan tuh....jangan lah memilih sangat...hampa harapan jejaka lain...hehehe...jangan mare...gurau aje ye.....Yeah!
fazza_emeriti


















Hitrik Roshan











Fuh..Yo...!!!




Dudy













Imran






Handsome giler.....

Kingfaisal

























SURPRISE...!!!!!



....kwa..kwa...kwa...kwa...! Ko dah buat pilihan ker...atau dah ada tercalonnya...!heheheee....Semoga Cepat Dapat Jodoh!






[ Aku ...Ace dari HUKM]

" Ace kau tak habis-habis sakat aku ye....nanti ko!" hehehehe...Lawak2!!!"

Antara sesuku sesakat aku....ace

Monday, May 4, 2009

10 WORKING TIPS FOR 2009

1. Do not get into trouble

2. Aim for greater heights.














3. Stay focussed on your job.















4. Exercise to maintain good health










5. Practice Team Work











6. Rely on your trusted partner to watch your back, take your time trusting others ...







7. Save for rainy days












8.Rest and relax











9. Always Smile When your boss is around.






10. Nothing is imposible














he he ... Bie, ko amik ler 10 tips ini, aku dah cuba berjaya!!!
InsyaAllah ko pun same....hehehe....

Best Regards,


Sheila (CICU)
[ Hospital King Abd.Aziz, Ryardh,Saudi Arabia)

Sunday, May 3, 2009

Apa Yang Penting - Kerjasama!


Dalam merealisasikan setiap amanah atau tanggungjawab pada setiap tugasan diberikan dalam bidang kejururawatan adalah apa yang penting - kerjasama dan sikap toleransi antara satu sama lain.
So, Apa yang penting - Kerjasama!
Apa yang penting - Kerjasama!
Tiba-tiba saya teringat lagu ini ( maybe ramai adik2 kita atau sape2 saja dok tengok dan nyanyikan lagu ini...kan)
Saya jarang-jarang tengok. Kalau tengok pun yang versi original dalam English. Tak kisah la dalam versi Melayu ke, English ke...yang penting kerjasama!!





Kalau ade sape2 interested nak nyanyi boleh lah follow...
Wonder Pets! Wonder Pets! kami datang,
Membantu haiwan yang dalam kesusahan!
Kami tak besar,
Dan kami tak kuat,
Bila Bekerjasama semua jadi mudah
Yeah, Wonder Pets ! Yay!
Apa yang penting ?? Kerja - sama-!
Apa yang penting ?
Kerja-sama- !

Zaman Sekolah Dulu



Berkat Aktif PBSM

Masa sekolah dulu , saya memang aktif dalam persatuan. Lebih-lebih lagi dalam aktiviti cergas minda...contohnya PBSM. Pada masa tu saya di naikan pangkat sebagai Sarjan. Skuad saya yang paling hebat masa tu. Sebenarnya saya nak cerita pasal , Bagaimana saya boleh diterima masuk sebagai perlajar nurses di UKM.



Saya masih ingat lagi ketika itu saya tidak membuat persediaan langsung tentang temuduga, dan soalan yang bakal saya jawab . Dengan berbekal beberapa sijil SPM dan sijil-sijil kurikulum yang lain serta saya sempat melampirkan beberapa keping gambar aktiviti PBSM yang saya sertai semasa di sekolah, jadi tanpa banyak soal penyelia tersebut terus menerima saya.
Saya ingin menjawab soalan anda itu. Malangnya saya terpaksa merahsiakan soalan-soalan yang spesifik kepada kejururawatan. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat penemuduga akan bertanya berkennaan dengan minat anda dalam bidang ini. Jadi sediakanlah jawapan (20 atau lebih patah perkataan) bagi soalan 'apa yang membuatkan anda minat bidang kejururawatan ini?'.
Bagi saya anda perlu yakin dengan pilihan anda. Jangan malas!!! Kalau nak menjadi seorang jururawat kena ada sifat RAJIN, YAKIN, BERUSAHA, BERILTIZAM, CEKAL, JUJUR DAN AMANAH!