THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Assalamualaikum...kawan-kawan.

Wednesday, May 6, 2009

Ceta Pasal Ward ICU

" Terlihat wajah yang aku pandang masih kaku, terkujur di atas katil, bercadar putih bersih di Unit Rawatan Intensif HUKM. Tiub endotrakeal yang menjadi jalan udara ke paru-parunya terjulur keluar disambung terus ke alat penyambung hayat. Ventilator itu teru-terusan mengepam peratusan Oksigen yang di pamkan ke paru-parunya. Dadanya turun naik dengan begitu selesa. Aku merasakan di dada sendiri menjadi sesak. Fikiran bercampur baur sampai bila ' dia' bergantung pada mesin pam oksigen itu. Aduh... aku mengeluh dan sedikit rasa terkilan serta kasihan yang amat sangat melihat penderitaannya. Oh Tuhan, selamatkanlah dia. Itu saja yang dapat ku rungkaikan...."



Sipnosis di petik dari : Dairi Seorang Jururawat oleh Aminah Mansor.

Saya Bibi seorang jururawat yang pernah bertugas di wad Unit Rawatan Intensif di HUKM. Kalau kita baca sipnosis di atas sukar untuk saya gambarkan betapa sukarnya saya setiap hari berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan serta kepayahan untuk menyempurnakan suatu tugas yang amat besar iaitu menyelamat nyawa orang. Hampir 10 tahun pengalaman saya sepanjang bertugas di wad tersebut telah memberi impak yang sangat bermakna dalam kehidupan kita terhadap diri sendiri, orang yang kita sayangi dan orang di sekeliling kita.



Sebelum memulakan tanggungjawab , aku di beri 3 pilihan unit mana aku bertugas. Seramai 70% memerlukan staff di bilik bedah, 20% di wad ICU dan 10% di general wad. Huhuhu...ketiga-tiga unit aku tak berminat, aku lebih suka bahagian komuniti iaitu bertugas diluar wad contoh pergi lawatan dan merawat pesakit dari rumah ke rumah. Berat juga memilih tempat tugas yang aku sendiri tidak bersedia 100% alert. Setelah berfikir panjang , apakah matlamat aku sebenar ialah mendekatkan diri kepada pesakit yang memerlukan aku untuk menyembuh penyakit mereka. Kalau aku pilih bertugas di bilik bedah...sia-sialah aku berlajar selama ini hanya dok ingat instrument di bilik itu saja dan passing the instrument to doc. aje , eeee...bosan. Kalau aku pilih general wad tak mungkin aku dapat tugas di sana sebab majoriti kawan-kawan aku lain interested bahagian tu. So aku manarik nafas panjang dan memilihnya....Wad ICU.



Pada hari pertama bertugas, aku tak dapat bayangkan di dada ku rasa sesak dan jantungku berdegup dengan kencang...berdebar-debar aku dibuatnya untuk memulakan tugas. 1st day aje aku ditugaskan menjaga seorang kanak-kanak berbangsa Cina. Dengan keadaanya adeh sukar untuk aku terangkan. Di sekeliling katilnya saja pelbagai alat kecemasan bantuan pernafasan ventilator 2 jenis yang aku sendiri 1st time tengok benda tu. Dan di sekelilingnya penuh dengan alat kawalan ubat-ubatannya...Fuh penuh satu badan macam alient pulak. Very Critical budak ni...kesihan aku melihatnya dan ibunya juga sangat tabah. !st day bekerja aku di bantu oleh senior aku...tapi faham2 aje ler aku dibuli teruk dengan senior...tapi sabar aje lah...1 hari bertugas aku tak ingat nak makan dan nak ke bilik air pun tak sempat. Seminit pun aku tak pernah tinggal pesakit tersebut. Sehingga pada hari ke 4 aku bertugas, tiba-tiba budak tu menunjukkan respon dan mula menggerakkan jari dan membuka mata. aku bersyukur amat sangat kerana dia menunjukkan tanda positif. fuh tak sia-sia aku menjaganya dengan jayanya. Esok pagi aku datang bertugas seperti biasa...dan terlihat aku incharge katil lain pulak. kenapa cepat sangat tukar pesakit ni...aku fikir sejenak. Mata ku tercari-cari mana pesakit budak cina yang aku jaga semalam. Kemudian aku tanya ada staff yang bertugas malam tadi...dia said patient tu dah pas away....Ya Allah! Aku terkejut sehingga aku tidak dapat menahan sebak aku dan merintih tangisan dan esakkan. Aku tak sangka suddently boleh berlaku sedangkan budak tu dah menunjuk response yang sangan bagus sepanjang aku jaganya...kesihan ibunya penuh dengan harapan anaknya untuk pulih.



Hari berganti hari aku mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran yang datang secara tiba-tiba dan tanpa diduga. Bukan setakat menjaga pesakit sahaja. Keluarga pesakit pun aku kena jaga hati dan perasaan mereka malah doctor pun aku kena amik tahu sape yang incharge setiap pesakit. Segala keperluan dan persekitaran wad pun aku kena jaga dan amik tahu.Setiap minit pun aku tak pernah leka dengan setiap tugasan aku malah sanggup berlapar....dan adakalanya aku terpaksa balik rumah lewat untuk menghabis tugas aku yang tak akan selesai. Setiap hari di buru rasa kebimbangan dan kegelisahan.


Sepanjang mengharungi tugasan seharian ternyata aku tidak keseorangan aku telah dibantu dan diberi sokongan oleh rakan-rakan yang lain.

Terutamanya dia ni....Ini Law Geok Bee dia satu-satunya kawan aku dari mula-mula masuk student nurse sampai sekarang ... dialah kawan baik ku selama-lamanya. Dialah yang terbaik yang paling aku sayangi dan kagum dengan beliau. bukan saja baik malah sangat bijak dan hatinya sangat mulia. Setiap kali bertugas bersama tak pernah kedekut ilmu dan sentiasa alert dan bekerjasama serta bertolak ansur segenap tugasan diberikan.
Selalu memberi semangat dan sokongan pada aku sebab aku sangat lemah dalam banyak perkara.


Geok Bee you're my best friends forever...I always remember you...ummmah! Saya Cayang Awak....













PILIHLAH JEJAKA YANG KAU RASA BOLEHLAH...

5 MOST HANDSOME MEN IN THE WORLD.... Antara yang ter "handsome" ni...makan tak kenyang, tidur tak lena , mandi tak basah....alamat busuk ler badan tuh....jangan lah memilih sangat...hampa harapan jejaka lain...hehehe...jangan mare...gurau aje ye.....Yeah!
fazza_emeriti


















Hitrik Roshan











Fuh..Yo...!!!




Dudy













Imran






Handsome giler.....

Kingfaisal

























SURPRISE...!!!!!



....kwa..kwa...kwa...kwa...! Ko dah buat pilihan ker...atau dah ada tercalonnya...!heheheee....Semoga Cepat Dapat Jodoh!






[ Aku ...Ace dari HUKM]

" Ace kau tak habis-habis sakat aku ye....nanti ko!" hehehehe...Lawak2!!!"

Antara sesuku sesakat aku....ace

Monday, May 4, 2009

10 WORKING TIPS FOR 2009

1. Do not get into trouble

2. Aim for greater heights.














3. Stay focussed on your job.















4. Exercise to maintain good health










5. Practice Team Work











6. Rely on your trusted partner to watch your back, take your time trusting others ...







7. Save for rainy days












8.Rest and relax











9. Always Smile When your boss is around.






10. Nothing is imposible














he he ... Bie, ko amik ler 10 tips ini, aku dah cuba berjaya!!!
InsyaAllah ko pun same....hehehe....

Best Regards,


Sheila (CICU)
[ Hospital King Abd.Aziz, Ryardh,Saudi Arabia)

Sunday, May 3, 2009

Apa Yang Penting - Kerjasama!


Dalam merealisasikan setiap amanah atau tanggungjawab pada setiap tugasan diberikan dalam bidang kejururawatan adalah apa yang penting - kerjasama dan sikap toleransi antara satu sama lain.
So, Apa yang penting - Kerjasama!
Apa yang penting - Kerjasama!
Tiba-tiba saya teringat lagu ini ( maybe ramai adik2 kita atau sape2 saja dok tengok dan nyanyikan lagu ini...kan)
Saya jarang-jarang tengok. Kalau tengok pun yang versi original dalam English. Tak kisah la dalam versi Melayu ke, English ke...yang penting kerjasama!!





Kalau ade sape2 interested nak nyanyi boleh lah follow...
Wonder Pets! Wonder Pets! kami datang,
Membantu haiwan yang dalam kesusahan!
Kami tak besar,
Dan kami tak kuat,
Bila Bekerjasama semua jadi mudah
Yeah, Wonder Pets ! Yay!
Apa yang penting ?? Kerja - sama-!
Apa yang penting ?
Kerja-sama- !

Zaman Sekolah Dulu



Berkat Aktif PBSM

Masa sekolah dulu , saya memang aktif dalam persatuan. Lebih-lebih lagi dalam aktiviti cergas minda...contohnya PBSM. Pada masa tu saya di naikan pangkat sebagai Sarjan. Skuad saya yang paling hebat masa tu. Sebenarnya saya nak cerita pasal , Bagaimana saya boleh diterima masuk sebagai perlajar nurses di UKM.



Saya masih ingat lagi ketika itu saya tidak membuat persediaan langsung tentang temuduga, dan soalan yang bakal saya jawab . Dengan berbekal beberapa sijil SPM dan sijil-sijil kurikulum yang lain serta saya sempat melampirkan beberapa keping gambar aktiviti PBSM yang saya sertai semasa di sekolah, jadi tanpa banyak soal penyelia tersebut terus menerima saya.
Saya ingin menjawab soalan anda itu. Malangnya saya terpaksa merahsiakan soalan-soalan yang spesifik kepada kejururawatan. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat penemuduga akan bertanya berkennaan dengan minat anda dalam bidang ini. Jadi sediakanlah jawapan (20 atau lebih patah perkataan) bagi soalan 'apa yang membuatkan anda minat bidang kejururawatan ini?'.
Bagi saya anda perlu yakin dengan pilihan anda. Jangan malas!!! Kalau nak menjadi seorang jururawat kena ada sifat RAJIN, YAKIN, BERUSAHA, BERILTIZAM, CEKAL, JUJUR DAN AMANAH!

Friday, May 1, 2009

Kisah Seorang Puteri Beradu

PhotobucketPada zaman dahulu, tinggal seorang Raja dan Permaisuri. Mereka memiliki segala-galanya dengan kehadiran seorang Putera dan empat orang Puteri yang sangat Jelita. Kelahiran Puteri- puteri dan putera mereka telah membawa tuah dan keringat buat mereka.


Pada suatu hari, mereka dikurniakan seorang puteri bongsu yang sangat comel. Mereka sangat gembira. Ramai pari-pari datang untuk melihat tuan puteri. Tiap-tiap pari-pari memberikan hadiah istimewa kepada tuan puteri. Pari-pari yang pertama berkata, " Tuan puteri akan menjadi seorang yang jelita dan baik hati." " Tuan puteri akan memiliki suara yang merdu, " kata pari-pari yang kedua. " Tuan puteri akan menjadi seorang yang berani dan suka menolong orang dalam kesakitan dan kesusahan, " kata pari-pari ketiga pula. Tiba-tiba, muncul seorang pari-pari jahat. " Tuan puteri akan mati semsa beumur 16 tahun apabila jarinya tercucuk pada pemintal benang, " katanya. " Dia tidak akan mati, tetapi akan tidur selama 100 tahun. Dia akan bangun apabila seorang putera menciumnya," kata pari-pari yang terakhir.


....hermmmm! terjaga aku dari lena dan termenung sejenak mengimbas kembali mimpi indah ku itu. Sape lah putera kacak itu....? Andai kata mimpi itu adalah aku alangkah indahnya hidup ku ini...oh...!

hehe...itulah pasal gara-gara suka sangat ceta fairy tale sampai terbawa-bawa mimpi dan berangan-angan. " Jangan jadi angan-angan mat jenin sudah". Masa aku kecil dulu kakak aku suka bercerita kisah puteri-puteri...masih ada lagi koleksi buku dalam almari aku ni...masih simpan lagi. Cinderela, sleeping beauty, snow white dan macam2 lagi. Sampai sekarang masih minat dengan kisah puteri-puteri.


Welcome to My Blog's The Story My Scrapbooks. My name is Bibi Surianti Mohd Saad. I'm 28 years. Yes I'm working a nurse. I loved a nurse job while I have another career as a lecturer. But I have intersted about a business. My company name is IZMI NETWORK. For now, I live with my family at KL.
Assalamualaikum ...sebenarnya saya nak talk dalam bahasa not in English. Kalau boleh saya nak cuba buat penulisan dalam bahasa. Coz, semua blog saya semuanya dalam English. Kalau dwi bahasa boleh kan...Maaf ye. Kalau u all tengok result SPM saya dalam bahasa memang teruk cukup2 makan tapi creadit 6 aje....ooops hampir2 tu.English pulak i boleh dapat 2A....hehe. Saya bukannya anak orang putih tapi abah saya tu memang pentingkan English.

Tujuan blog ini ditubuhkan untuk mengimbas kembali kenangan manis saya dan rakan-rakan nurse. Masa tu kami masih dalam praktikal di UKM. Disini saya akan cerita pelbagai topic dan pengalaman untuk di kongsikan bersama. Semoga anda terhibur dan terpesona dengan cerita yang saya akan sampaikan serta pengalaman manis suka dan duka kami sepanjang kareer saya sebagai seorang jururawat. Di samping itu juga, terdapat pelbagai cerita-cerita hebat yang lain dan video clips serta gambar-gambar yang rakan-rakan saya msg kat saya .Meraka bekerja di' overseas'. Ada diantaranya bekerja di negara 'Pak Arab dan Orang Putih'.


For All My friend group of 1/2000 year,Thank you for your patience, guidance, sharing thoughts and ideas, ( excitements and troubles ) and so much more. And thank you for the trust you always have in me...

Best Regards,
Bibi