THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Assalamualaikum...kawan-kawan.

Saturday, May 23, 2009

Dunia Pencapaian Aku



Bermula sejak aku jadi nurse , pada zahirnya memang aku berminat pasal business. Tak kira ape jenis business asalkan halal dan mengikut sunnah nabi.

Sejak dari bangku sekolah lagi cita-citaku adalah businesswomen. Tetapi memandangkan impian mak dan abah , aku mendiamkan aje cita-citaku tu.

Mak lebih suka aku jadi nurse. Manakala abah pulak dia kalau boleh anaknya jadi doctor atau engineer. Dan kalau boleh sampai Master atau Phd.

Selepas SPM, aku memperolehi gred yang baik dan best student kat sekolah aku.. Berkat doa mak , abah , guru dan rakan2 taulan aku…bersyukur amat sangat kepada Allah yang memberi rezeki dan termakbul impian aku dan keluarga.

JPA memanggil ku untuk melanjutkan perlajaran ke Tokyo , Jepun. Universiti apa tah aku dah tak ingat. Sebenarnya hati ini berat menerima tawaran jauh2 kalau boleh nak pergi yang dekat2 aje. Huhu..tak bersedia 100% alert dalam engineering . oh tak minat langsung bidang itu. Fizik aku bukannye bagus sangat. kenape boleh terima masuk pulak!
Pikir2 akhirnye aku memilih materikulasi di Seremban. Setelah setahun point aku tak cukup makan. ½ aje. So tak dapatlah nak jadi doctor. Kena amik engineering jugak…huhu malasnye nak belajar . Sedang aku membilik Metro Harian ternampak bidang yang mak suka Jururawat UKM. Tanpa lengah aku pun apply. Kemudian aku diserap masuk UKM…jadi student nurse ( beruniform pinkkk gitu ).
Dalam bidang ini bolehlah aku berminat . Masa sekolah dulu pun aku banyak terlibat dengan Persatuan Bulan Sabit Merah. So , impian mak tercapai. Selepas graduate diploma terus kerja dan dapat gaji …Alhamdullillah rezeki2. Setelah 3 tahun bekerja aku sambung buat degree pulak secara online. Dalam masa buat degree tu , ada money sikit aku terlibat dengan perniagaan Francais , buka kedai kasut “ JUKEBOX”.Setelah setahun aku beralih perniagaan kasut sendiri “Alladin & Collection”. Kenapa??? Francais tu PENIPU! Banyak duit aku dikebasnye…malas nak talk pasal ni. Sedih!!! Lupakan kesedihan…

Wednesday, May 20, 2009

CINTA RAMALAN PSIKOLOGI...Nak Cuba!!

CARA NAK TAHU KENAPA ANDA MEMILIH SI DIA SEBAGAI PASANGAN ANDA...?


Beberapa hari lepas, ada seorang sahabat saya telah bertanya satu soalan psikologi yang saya kira sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda.
Soalannya berbunyi begini.Ada 5 perkara berlaku serentak.
1)Air mendidih kat dapur.
2)Air paip melimpah kat bilik air.
3)Bayi menangis.
4)Telefon berbunyi.
5)Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan ’settle’ kan terlebih dahulu?Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda. Fikir…
Fikir…

Fikir…

Fikir…

Fikir…





OK, dah habis fikir dan buat keputusan?Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?Baik, mari kita semak jawapan anda…apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.
*Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.
*Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
*Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
*Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
*Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup. Selamat Mencuba.

Tuesday, May 19, 2009

Just Cheeky....!!!

WHO IS YOUR ROLE MODEL ???
Try it without looking at the answers......
Please don't look down until you do it; you'll love it I promise.
GET A CALCULATOR, IF NEEDED, (YOUR COMPUTER HAS ONE ON IT).


1) Pick your favorite number between 1-9

2) Multiply by 3 then

3) Add 3, then again Multiply by 3

4) You'll get a 2 or 3 digit number....

5) Add the digits together Now Scroll down...............



Now with that number see who your ROLE MODEL is from the list below:

1. Einstein
2. Queen Elizabeth
3. Abraham Lincoln
4. Helen Keller
5. Bill Gates
6. Gandhi
7. Pope John Paul
8. Thomas Edison
9. Bibi Surianti Mohd Saad
10. Ronald Reagan

I know... i know...I just have that effect on people....one day you too can be like me.....

;-) Believe it!

P.S.: Stop picking different numbers. I am your idol!!!!

Saturday, May 16, 2009

INDAHNYA SEBUAH MESEJ


InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal......insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,

(kata Azmil Mustapha).....Mari kita cuba ...


Allahhuakhbar... Insya Allah Allahu Akbar !

Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan kalimat ini . Ke rakan Dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki yang tidak disangka-sangka...Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu...Tapi limpahan KurniaNya kepada saya sungguh diluar pemikiran saya...Subhanallah! Alhamdulillah.


Kirim kalimat ini ke 12 orang yang kamu anggap baik di dalam hidupmu dan Insya-Allah kehidupanmu akan bertambah baik Dan buktinya dalam 12 jam kamu harus Percaya akan keajaiban bulan ini. AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR, AL-MALIK, AL-RAHMAN, AL-RAHIM ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA, KALA KAMU MENGHANTAR BERITA INI KEPADA 12 ORANG INSYAALLAH KAMU AKAN MENDAPATKAN BERITA BAIK ESOK.

Thursday, May 14, 2009

" Nice Story " de Blog EiNs Loby tu...

telah mengingatkan aku tentang insident yang berlaku kepada aku pada awal Jan lalu...
Kalau anda nak tahu insident mcmana berlaku see de story blog kat video member aku ni EiNs.

Cetanya begini, masa tu aku baru jadi lecturer di UKM mengajar student nurse di bangunan tersebut. Kesilapannya aku terlewat pergi kelas. Sampai aje kat tingkat 5 fakulti HUKM department Nursing, aku terlupa nak bawa lap top tertinggal kat dalam kete. So , aku pun turun lift semula dalam keadaan gopoh . Masa kuor lift tu bertembung dengan handsome guys and same2 terjatuh dalam position yang tidak menyenangkan..dan aku tak tumbuk atau menampar dia coz bukan salah dia pun, insident yang tidak di sengajakan. Akan tetapi secara autoresponsensitif aku menggunakan lutut lalu menendangnya dengan sangat kasar. Adeh! kesian mamat tu...meraung kesakitan. hehehe...

"Alamak kenapa cik adek kasar sangat , bukan saya sengaja pun..." Anyway saya minta maaf, nama saya...." ceh..wah dia memperkenalkan dirinya dan memberi senyuman dan renungan wow ! sape2 aje boleh teruja dengan matanya yang memukau...heeheee...aku pun apa lagi cepat2 bla...

Selepas 2 hari kemudian aku telah menerima sekeping card layang...nice card macam velentine days punya card tak tahu nama dan alamat pengirimnya..sebanyak 5 card ucapan dengan kata2 dan puisi yang hebat juga..tak terlalu jiwang , ringkas dan berterus terang.. Sehingga aku tercari-cari sapelah gerangannya. aku bertanya dengan ada sorang student 'girlz ' coz selalu receive from dia ni. Budak ni kata peminat aku..

Seminggu selepas tu, aku kena mengajar subjek nephro kat student last year ni sementara. So terkejut aku 'handsome guys' ter insident dgn aku tu rupanya student final year. Tergamam jugak aku nak mengajar. Dia pun sama macam segan aje tengok aku. Setahu aku dialah student yang paling tua , paling baik dan paling bijak dalam ramai2. Berusia 26 tahun..huhu...dan dia pun ingat aku ni student nurse baru kat situ...kwa...kwa...kwa!!!!

Rupa-rupanya dia lah orangnya yang selama ni send card layang kat aku...hehehe...tapi aku malas nak perbesarkan isu ini. Coz , dia ni pelajar tahun akhir, pandai pulak tu...biarlah. Kesian dia kalau aku amik tindakan kerana card cinta yang dikirimkan tanpa tahu diri aku sebenarnya lecturer dia...biarkanlah rahsia..nanti tension pulak!!! hehe..tak sangka betul.

Photobucket

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari Jururawat



Hari Jururawat disambut pada 12 Mei di seluruh dunia sempena tarikh lahir Florence Nightingale ( 1820 - 1910 ) yang dianggap pelopor jururawat moden.

Kemeriahan sambutan semalam masih terasa di sanubariku. Masa jadi nurse dulu aku tak pernah nak sambut Nurses Day kerana terlalu sibuk dengan tugas harian kerja aku di Wad ICU dan kadangkala tak ingat pun Nurses Day tarikhnya. Tapi pada kali ni dan tahun ini aku dapat merasakannya kemeriahan dan keceriaan Nurses Day aku bersama Student aku . Penuh dengan keriangan dan keceriaan. Rasa bangga dengan kerjaya tersebut.
Kepada rakan-rakan taulan aku sama ada berada di dalam dan di luar negara " Happy Nurses Day". Tahun ini temanya ' Delivering Quality, Serving Communities: Nurses Leading Care Innovations ( Perawatan Berkualiti, Berkhidmat Untuk Komuniti : Jururawat Teraju Perawatan Berinovasi )
Kepada rakan-rakan Jururawat tiada noktah dalam setiap kerjaya dan kejayaan kita dalam merialisasikan setiap tugasan dengan secara pusingan serta berterusan sehingga sesuatu masalah itu selesai. Semoga anda semua success dalam menjalankan tugas tersebut.



" HIDUP JURURAWAT !!! "











Dari kiri: sheila, ayu, noi, aku dan gBee













"SELAMAT MENJAMU SELERA"

Tuesday, May 12, 2009

CETA PASAL "CAMPING"

Photobucket
...JoM CaMpiNG...
Jom Nyanyi ramai-ramai..
"Sayo nara Sayo nara ..Kita Berjumpa lagi...
Sayo nara Sayo nara.. Kita Berjumpa lagi.."
" Kalau rasa gembira tepuk tangan..
Kalau rasa gembira tepuk tangan..
Kalau rasa gembira beginilah caranya..
Kalau rasa gembira tepuk tangan! Horey!"
Masa sekolah dulu boleh dikatakan setahun 3-4 kali aku terlibat dengan aktiviti rekreasi seperti berkhemah. Pantang aje cikgu anouncement , aku lah orang pertama dalam senarai pelajar yang tidak teragak2 nak pergi ..samada aktiviti kurikulum sekolah atau luar sekolah seperti Rakan Muda ' Rakan Rekreasi dan Alam Sekitar' semuanya pernah aku sertai. Mak pun sampai pening dengan perangai aku yang kerap pergi ber 'camping'.Coz, mak sibuk sangat berkemas baju untuk aku...everything is perfect tak ada satu bende yang tinggal kalau mak tolong packing kan.

Dalam banyak2 camping yang aku terlibat satu aje yang aku tak boleh lupa sampai sekarang. Aktiviti camping tersebut tak jauh pun buat kat berlakang sekolah aku aje.. Tapi kawasan belakang sekolah aku tu boleh dikatakan advneture jugak lah. Banyak pokok Ru dan pokok Nyor dekat kawasan pantai pulak tu...cantik pandangannya...memang syok! Aktiviti akhir tahunan budak tingkatan 4 semua terlibat. Selama 3 hari 2 malam. Pada malam last tu kami seperti biasa berjaga secara giliran dan aku bersama 20 orang rakan yang lain sibuk mengawasi kawasan sekeliling. Oleh kerana malam akhir kami semua tak boleh tidur masing2 berborak dan bergelak ketawa buat cerita lawak...tiba2 aje perut rasa lapar. aku dan 3 orang rakan lain masak meggie 10 bungkus. Tengah dok memasak ni , tiba2 terdengar orang meminta tolong. Sayu aje suaranya tak tahu datang dari mana...maybe budak2 lain yang sengaja buat kacau. Pastu bunyi lagi suara orang meminta tolong. Tolong...tolong...tolong. Lepastu 5 orang rakan aku menerpa kami yang tgh dok masak meggie, masing terpandang kat atas pokok. Ya Allah!..SubhanaAllah...betul ke ni atau khayalan kami aje. Tiba2 rakan-rakan kami yang lain kat belakang menjerit dan lari kerana kami nampak lembaga putih rambut panjang muka tak nampak kat atas dahan pokok Ru. 5 orang rakan aku dah pengsan. Ada yang lari ketakutan dan meminta tolong dengan cikgu. 4 orang cikgu kami pun tak dapat berbuat apa2 , masing terpegun dan kaku. Termasuk aku dan rakan-rakan yang lain. Hantu tu pun mengilai dan terus beredar kerana Ustaz telah melaungkan azan. Kejadian itu memang dasyat dan aku pun tak sangka boleh berlaku dan boleh nampak hantu depan mata...adeh...!!! Nasib baiklah ada ustaz kalau tak tahu lah apa nasib kami seterusnya. Tapi kat belakang sekolah aku tu memang kawasannya keras sikit ...." Makam Kubur".

Walaupun kejadian dan macam-macam peristiwa berlaku namun ia tidak pernah mematah semangat ku untuk terus mengikuti pasukan rekreasi sebegini. Memang menyeronokkan dan pengalaman yang sukar digambarkan.
" Bertemu dan berpisahan adat manusia biasa..
Hilang dimata tapi dihati tidak lupa...
Berdoalah kita agar aman dan sentosa...
Semoga lah kita bertemu di lain masa..."


Ini gambar lain..Rebutia Camp Adventure bersama Rakan Muda "Rakan Rekreasi & Alam Sekitar.