Dunia Perniagaan ku telah bermula…
Aku mulakan langkah untuk memperluaskan bidang perniagaan ini. Menjual kasut, barangan IKS dan beberapa collection yang lain. Nasib baik makcik dan pakcik aku tolong sama. Bukannye mudah bidang ini tapi amat menyeronokkan. Sambil belajar nurses sempat juga aku belajar pasal selok belok perniagaan pada sebelah malam. Attend kelas 6 bulan di giat Mara. Walaupun penat, letih dan tak bermaya..aku gagahkan jugak langkah ku ini…dah minat sangat nak wat macamana.
Dalam masa tu jugak aku terlibat dengan Business IT iaitu Uptrend. Alhamdullillah tercapai jugak perniagaan ini. Kemudian aku terlibat dengan perniagaan Monsun iaitu salah satu tapak untuk memperluaskan perniagaan kita secara global dunia dengan IT.
Company name aku yang kedua IZMI NETWORK. Selepas dua bulan baru perniagaan ini lancar dan telah mendapat sambutan menggalakkan di kebenuaan Timur Tengah. Penjualan produk IKS aku sangat laris. Setiap 2 bulan aku kena send barang yang di order. Minyak Kelapa Dara.
Berkat Usaha , Doa dan Tawakal …alhamdullillah Berjaya dengan cemerlang . Kedua-dua bidang aku Berjaya dan Tercapai cita-cita mak, abah dan aku. August ’08 dapat Ijazah Kepujian Sains Kejururawatan and the best gred. So, aku diserap masuk untuk menjadi lecturer di UKM dalam bidang sains kejururawatan di HUKM.
Akan tetapi satu aje yang aku gagal…Alam percintaan… aku tewas. Gagal mengawal keadaan akhirnya aku ditinggalkan….sedih , pedih ,luruh jantung ku, tersepit rasanye ade, pilu , takut pun ade gundah, hampa…dan macam2 lagi . Terasa bagaikan langit nak tindih aku. Gagal pada hari bersejarah aku Konvokasyen tahun lepas…berlaku serentak pada hari bersejarah aku…Ya Allah..inilah dugaan yang aku terima. SEDIH TERAMAT SANGAT LANGSUNG DIA TAK MENGHARGAI AKU…INGATKAN NAK BAGI GREEN LIGHT KAT SI DIA….lain pulak jadinye….benci!!!!hancur!!!!Gundah!!! Pasrah!!!
Kupasrah menyahut kasih meskipun parah dibayangi impian... Takdir telah memberikan aku ketabahan dan kekuatan untuk meneruskan segala impian ku terlaksana...lalu aku bersabar dan redha...perjuangan aku masih belum selesai...Lupakan segala Kesedihan dan kekecewaan!!!
Assalamualaikum...kawan-kawan.
Sunday, May 24, 2009
Episod Diriku Bermula
Posted by Bibi's at 12:41 AM 0 comments
Saturday, May 23, 2009
Dunia Pencapaian Aku
Bermula sejak aku jadi nurse , pada zahirnya memang aku berminat pasal business. Tak kira ape jenis business asalkan halal dan mengikut sunnah nabi.
Sejak dari bangku sekolah lagi cita-citaku adalah businesswomen. Tetapi memandangkan impian mak dan abah , aku mendiamkan aje cita-citaku tu.
Mak lebih suka aku jadi nurse. Manakala abah pulak dia kalau boleh anaknya jadi doctor atau engineer. Dan kalau boleh sampai Master atau Phd.
Selepas SPM, aku memperolehi gred yang baik dan best student kat sekolah aku.. Berkat doa mak , abah , guru dan rakan2 taulan aku…bersyukur amat sangat kepada Allah yang memberi rezeki dan termakbul impian aku dan keluarga.
JPA memanggil ku untuk melanjutkan perlajaran ke Tokyo , Jepun. Universiti apa tah aku dah tak ingat. Sebenarnya hati ini berat menerima tawaran jauh2 kalau boleh nak pergi yang dekat2 aje. Huhu..tak bersedia 100% alert dalam engineering . oh tak minat langsung bidang itu. Fizik aku bukannye bagus sangat. kenape boleh terima masuk pulak!
Pikir2 akhirnye aku memilih materikulasi di Seremban. Setelah setahun point aku tak cukup makan. ½ aje. So tak dapatlah nak jadi doctor. Kena amik engineering jugak…huhu malasnye nak belajar . Sedang aku membilik Metro Harian ternampak bidang yang mak suka Jururawat UKM. Tanpa lengah aku pun apply. Kemudian aku diserap masuk UKM…jadi student nurse ( beruniform pinkkk gitu ).
Dalam bidang ini bolehlah aku berminat . Masa sekolah dulu pun aku banyak terlibat dengan Persatuan Bulan Sabit Merah. So , impian mak tercapai. Selepas graduate diploma terus kerja dan dapat gaji …Alhamdullillah rezeki2. Setelah 3 tahun bekerja aku sambung buat degree pulak secara online. Dalam masa buat degree tu , ada money sikit aku terlibat dengan perniagaan Francais , buka kedai kasut “ JUKEBOX”.Setelah setahun aku beralih perniagaan kasut sendiri “Alladin & Collection”. Kenapa??? Francais tu PENIPU! Banyak duit aku dikebasnye…malas nak talk pasal ni. Sedih!!! Lupakan kesedihan…
Posted by Bibi's at 11:44 PM 0 comments
Wednesday, May 20, 2009
CINTA RAMALAN PSIKOLOGI...Nak Cuba!!
CARA NAK TAHU KENAPA ANDA MEMILIH SI DIA SEBAGAI PASANGAN ANDA...?
2)Air paip melimpah kat bilik air.
3)Bayi menangis.
4)Telefon berbunyi.
5)Ada orang ketuk pintu.
Fikir…
*Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
*Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
*Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
*Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.
Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup. Selamat Mencuba.Posted by Bibi's at 8:46 AM 0 comments
Tuesday, May 19, 2009
Just Cheeky....!!!
WHO IS YOUR ROLE MODEL ???
Try it without looking at the answers......
Please don't look down until you do it; you'll love it I promise.
GET A CALCULATOR, IF NEEDED, (YOUR COMPUTER HAS ONE ON IT).
1) Pick your favorite number between 1-9
2) Multiply by 3 then
3) Add 3, then again Multiply by 3
4) You'll get a 2 or 3 digit number....
5) Add the digits together Now Scroll down...............
Now with that number see who your ROLE MODEL is from the list below:
1. Einstein
2. Queen Elizabeth
3. Abraham Lincoln
4. Helen Keller
5. Bill Gates
6. Gandhi
7. Pope John Paul
8. Thomas Edison
9. Bibi Surianti Mohd Saad
10. Ronald Reagan
I know... i know...I just have that effect on people....one day you too can be like me.....
;-) Believe it! 
P.S.: Stop picking different numbers. I am your idol!!!!
Posted by Bibi's at 8:26 AM 0 comments
Saturday, May 16, 2009
INDAHNYA SEBUAH MESEJ
Berusaha dan bertawakal......insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
Posted by Bibi's at 12:36 AM 0 comments
Thursday, May 14, 2009
" Nice Story " de Blog EiNs Loby tu...
telah mengingatkan aku tentang insident yang berlaku kepada aku pada awal Jan lalu...
Kalau anda nak tahu insident mcmana berlaku see de story blog kat video member aku ni EiNs.
Cetanya begini, masa tu aku baru jadi lecturer di UKM mengajar student nurse di bangunan tersebut. Kesilapannya aku terlewat pergi kelas. Sampai aje kat tingkat 5 fakulti HUKM department Nursing, aku terlupa nak bawa lap top tertinggal kat dalam kete. So , aku pun turun lift semula dalam keadaan gopoh . Masa kuor lift tu bertembung dengan handsome guys and same2 terjatuh dalam position yang tidak menyenangkan..dan aku tak tumbuk atau menampar dia coz bukan salah dia pun, insident yang tidak di sengajakan. Akan tetapi secara autoresponsensitif aku menggunakan lutut lalu menendangnya dengan sangat kasar. Adeh! kesian mamat tu...meraung kesakitan. hehehe...
"Alamak kenapa cik adek kasar sangat , bukan saya sengaja pun..." Anyway saya minta maaf, nama saya...." ceh..wah dia memperkenalkan dirinya dan memberi senyuman dan renungan wow ! sape2 aje boleh teruja dengan matanya yang memukau...heeheee...aku pun apa lagi cepat2 bla...
Selepas 2 hari kemudian aku telah menerima sekeping card layang...nice card macam velentine days punya card tak tahu nama dan alamat pengirimnya..sebanyak 5 card ucapan dengan kata2 dan puisi yang hebat juga..tak terlalu jiwang , ringkas dan berterus terang.. Sehingga aku tercari-cari sapelah gerangannya. aku bertanya dengan ada sorang student 'girlz ' coz selalu receive from dia ni. Budak ni kata peminat aku..
Seminggu selepas tu, aku kena mengajar subjek nephro kat student last year ni sementara. So terkejut aku 'handsome guys' ter insident dgn aku tu rupanya student final year. Tergamam jugak aku nak mengajar. Dia pun sama macam segan aje tengok aku. Setahu aku dialah student yang paling tua , paling baik dan paling bijak dalam ramai2. Berusia 26 tahun..huhu...dan dia pun ingat aku ni student nurse baru kat situ...kwa...kwa...kwa!!!!
Rupa-rupanya dia lah orangnya yang selama ni send card layang kat aku...hehehe...tapi aku malas nak perbesarkan isu ini. Coz , dia ni pelajar tahun akhir, pandai pulak tu...biarlah. Kesian dia kalau aku amik tindakan kerana card cinta yang dikirimkan tanpa tahu diri aku sebenarnya lecturer dia...biarkanlah rahsia..nanti tension pulak!!! hehe..tak sangka betul.
Posted by Bibi's at 10:28 PM 0 comments
Wednesday, May 13, 2009
Selamat Hari Jururawat
Kepada rakan-rakan taulan aku sama ada berada di dalam dan di luar negara " Happy Nurses Day". Tahun ini temanya ' Delivering Quality, Serving Communities: Nurses Leading Care Innovations ( Perawatan Berkualiti, Berkhidmat Untuk Komuniti : Jururawat Teraju Perawatan Berinovasi )
Kepada rakan-rakan Jururawat tiada noktah dalam setiap kerjaya dan kejayaan kita dalam merialisasikan setiap tugasan dengan secara pusingan serta berterusan sehingga sesuatu masalah itu selesai. Semoga anda semua success dalam menjalankan tugas tersebut.

Dari kiri: sheila, ayu, noi, aku dan gBee
Posted by Bibi's at 6:11 PM 0 comments





























